Terbaru di psscmunisel.org
Program Latihan Bersepadu Cekak kali ke-9: Latihan Demontrasi PSSCM bersama Guru Utama
Pada 21 Feb 2010, Sekali lagi PSSCM dengan kerjasama PSSCM UIAM mengajurkan Program Latihan Bersepadu Cekak kali ke-9: Latihan bersama Guru Utama. Seramai 400 orang terdiri dari penuntut-penuntut IPTA/IPTS , Ahli-ahli Kelas/pusat latihan , AJK pusat dan tenaga pengajar telah hadir ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada malam itu. PSSCM Unisel turut menghantar wakil seramai 9 orang ke sana bagi menjayakan program tersebut. Pada malam tersebut guru utama berkongsi pengalaman dan teknik-teknik beliau dalam demontrasi. Program yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 dan tamat pada pukul 2.30 pagi.
Pengambilan Ahli Baru PSSCM Unisel Sem 2/2009/2010
Pada 2, 3 dan 4 Febuari yang lepas PSSCM Unisel dengan kerjasama pihak HEP Unisel dan Jaya Niaga sekali lagi mengadakan Pengambilan Ahli Baru bagi Sem 2/2009/2010 dan Majlis Penerangan serta Mini Demonstrasi di ruang legar PKP( Bersebelahan cafeteria). Alhamdu Lillah, majlis berjalan dengan lancar dan teratur. Seramai 12 orang Skuad Demonstrasi PSSCM Unisel telah mengadakan demontrasi dibawah Komanden Skuad PSSCM Unisel, Ahmad Fikri.
Pertandingan KWD Peringkat IPT Kali Ke-3
Karnival Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia peringkat IPT datang lagi dan kali ini dianjurkan oleh PSSCM Uitm dimana sebelum ini dianjurkan oleh PSSCM UIA dan PSSCM UniKL BMI. PSSCM Unisel tidak ketinggalan untuk menjayakan program tersebut dengan menghantar seramai 8 orang wakil untuk dipertandingkan. Lagi..
