Kronologi Pembukaan PSSCM Unisel
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UNISEL (PSSCMUNISEL) telah mula bertapak di UNISEL, Bestari Jaya pada tanggal 25 Februari 2008 Masihi, bersamaan dengan 18 Safar 1429 Hijrah. Usaha yang digiatkan oleh saudara Habib bin Shamsudin, saudara Mohd Ghazali b Abd Rahman, saudara Fadzly b Abd Rahim, saudara Ainuddeen B Ahmad dan saudara Mohamad Azrik b Abd Sani selama lebih kurang setahun bagi mendapatkan kelulusan untuk membuka kelas latihan dan pendaftaran PSSCM UNISELdi Bestari Jaya akhirnya menemui kejayaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Naib Canselor UNISEL serta Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL kerana telah memberi kelulusan kepada PSSCM UNISEL untuk mengembangkan lagi salah satu seni warisan budaya Melayu iaitu Seni Silat Cekak.
Pada tanggal 13,14,15 Mei 2008 , julung kalinya PSSCM UNISEL mengadakan Pameran Statik Sempena Pengambilan Ahli Baru, pada malam 14 Mei 2008, Majlis Penerangan dan Demonstrasi pertama kalinya telah diadakan di Pusat Komuniti Pelajar Universiti Industri Selangor. Seramai 15 orang ahli PSSCM dari UiTM Shah Alam telah di jemput untuk mempertontonkan demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia.
Seramai 28 orang ahli baru yang terdiri daripada 24 orang siswa dan 4 orang siswi telah diijazahkan buat pertama kali pada malam 20 Mei 2008 bertempat di BT 1, Fakulti Pengurusan Industri, oleh Guru Utama PSSCM iaitu YM Tuan Hj Ishak B Itam.