Perutusan YDP | Perutusan Penyelia | Perutusan TNC
Sejarah & Kronologi | Senarai EXCO | Kelas Latihan | Senarai YDP
PSSCM Unisel | PSSCM
PSSCM UiTM | PSSCM UniKL BMI | PSSCM UIAM | PSSCM Pusat
subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link | subglobal8 link



Informasi PSSCM IPT, Cawangan & Pusat

Segala informasi yang baru dan lama berkaitan dengan program-program kami akan letakkan di bahagian ini supaya dapat membantu pelawat-pelawat laman web ini untuk mengetahui program-program yang dianjurkan oleh Pusat, Cawangan dan IPT yang lain . Semoga segala maklumat yang diberi dapat membantu pelawat-pelawat terutamanya ahli PSSCM Unisel sendiri mengetahui segala program yang telah dianjurkan oleh PSSCM.

Disediakan Oleh:
Biro Penerangan PSSCM Unisel

Program-program



Program Latihan Bersepadu Cekak kali ke-9: Latihan Demontrasi PSSCM bersama Guru Utama

Pada 21 Feb 2010, Sekali lagi PSSCM dengan kerjasama PSSCM UIAM mengajurkan Program Latihan Bersepadu Cekak kali ke-9: Latihan bersama Guru Utama. Seramai 400 orang terdiri dari penuntut-penuntut IPTA/IPTS , Ahli-ahli Kelas/pusat latihan , AJK pusat dan tenaga pengajar telah hadir ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada malam itu. PSSCM Unisel turut menghantar wakil seramai 9 orang ke sana bagi menjayakan program tersebut. Pada malam tersebut guru utama berkongsi pengalaman dan teknik-teknik beliau dalam demontrasi. Program yang dijadualkan bermula pada pukul 8.30 dan tamat pada pukul 2.30 pagi.



Mesyuarat Agong PSSCM UITM Ibu Pejabat kali ke-35

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti institute Teknologi Mara (PSSCM UiTM) sekali lagi menganjurkan Mesyuarat Agong mereka kali ke-35.



Seminar Budaya Seni Silat Membangun Modal Insan Cemerlang

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) telah menganjurkan program Seminar Budaya Seni Silat Cekak Membangun Modal Insan Cemerlang pada 10 Januari 2010, bertempat di Dewan DG43,101 , Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM. Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.30 ptg.Lagi..



Sambutan Hari Tenaga Pengajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak sekali lagi telah mengajurkan Sambutan Hari Tenaga Pengajar di Seberang Jaya Pulau Pinang pada tarikh 18/12/2009 bersamaan 1 Muharram 1431 H. Semua tenaga pengajar termasuk jurulatih dan pembantu jurulatih dari cawangan-cawangan, kelas-kelas & pusat-pusat latihan serta IPT telah menghadirkan diri untuk memeriahkan Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCM. Pada sambutan hari tenaga penagajar kali ini , Guru Utama PSSCM , Datuk Hj. Maiden B. Kadir Shah telah menyampaikan amanat kepada semua tenaga pengajar supaya lebih bertangunggjawab dan bersatu bagi mengukuhkan lagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia ini.

Kejohanan Waja Diri Peringkat IPT PSSCM kali ke-3

Karnival Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia peringkat IPT datang lagi dan kali ini dianjurkan oleh PSSCM Uitm dimana sebelum ini dianjurkan oleh PSSCM UIA dan PSSCM UniKL BMI. PSSCM Unisel tidak ketinggalan untuk menjayakan program tersebut dengan menghantar seramai 8 orang wakil untuk dipertandingkan. Lagi..

Hak Cipta Terpelihara ©2008 PSSCM Unisel
PSSCM Unisel Webteam | Jabatan Penerangan PSSCM UNiSel